Jaringan Farderin Kadir dan D. Saarvindran masing-masing pada minit ke-26 dan ke-66 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang sudah memadai untuk menghampakan Wira Merah yang turut ditemani ratusan penyokong setianya.
Farderin merembat deras gol sulung dengan kaki kiri selepas bola rembatan Saarvindran pada awalnya yang terkena tiang, melantun kepadanya tanpa mampu diselamatkan oleh penjaga gol Si Kijang, Mohd. Shahrizan Ismail.
Saarvindran pula membalas kepercayaan Felda United meminjamnya dari Harimau Muda B dengan menyudahkan rembatan kencang sejauh 25 meter di luar petak penalti selepas satu lontaran ke dalam Mohd. Syazwan Zainon dan umpanan K. Rajan.
Kelab Kuala Lumpur bimbingan E. Elavarasan itu turut menamatkan pusingan pertama peringkat kumpulan dengan rekod tanpa kalah dan memungut sembilan mata selepas turut menang ke atas Sarawak dan Johor FC sejak 6 September lalu.
Padang basah akibat hujan lebat beberapa jam sebelum perlawanan, banyak mempengaruhi keputusan yang meleburkan rekod kebal anak buah Datuk M. Karathu yang jelas agak lewat untuk menyesuaikan diri khususnya dalam babak pertama.
Kekebalan bekas penjaga gol negara, Hamsani Ahmad tidak ketinggalan menjadi batu penghalang percubaan pasukan pelawat antaranya oleh ketua pasukan, Badri Radzi dan Shakir Shaari serta penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha.
SUMBER:UTUSAN
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment