Setelah skuad kesayangan kita skuad malaysia sampai ke tanah matahari terbit hari ahad yang lalu,kim swee membuat langkah mungkin nampak bijak,dengan menhalang media jepun mendekati skuad bimbingannya
Katanya bukan mahu merahsiakan kekuatan dan strategi yang akan digunakan pada perlawanan Kelayakan Olimpik esok, Kim Swee menegaskan dia bertindak demi memastikan anak-anak buahnya tidak terganggu menjelang pertemuan dengan Samurai Biru.
"Memang saya tidak memberi ruang kepada media di sini membuat liputan sesi latihan kami. Saya lebih menekankan fokus pemain supaya tidak terganggu.
"Mungkin esok (hari ini) baru saya akan berikan kelonggaran buat media Jepun buat liputan sesi latihan terakhir, iaitu sehari sebelum perlawanan.
"Buat masa ini, saya tidak mendengar apa-apa pandangan Jepun terhadap pasukan Malaysia.
"Itu tidak penting kerana saya hanya menumpukan perhatian kepada kekuatan sendiri, " katanya yang dihubungi, semalam.
sumber UTUSAN
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment