[ SANTAI ] Tips Mengelak penipuan di EBAY

Adakah anda takut ditipu ketika membeli di ebay???Topijerami dulu pernah kena tipu..ini buktinya

Kesian kan kat Topijerami kena tipu oleh org2 dalam ebay 2??melayang begitu sahaja duit Topijerami..memang sangat sedih..tapi apakan daya..suratan takdir semua 2,selain kecuaian topijerami sendiri.
di sini Topijerami nak share beberapa tips untuk mengelak ditipu semasa nak membeli barang di EBAY nie..
tekan read more dibawah untuk ketahui tips nya


1. Tawaran terlalu baik
Apabila anda menjumpai sesuatu tawaran atau peluang pembelian di dalam portal eBay yang terlalu menarik sehingga ianya sukar dipercayai, maka sudah pasti ia merupakan satu penipuan. Sebagai contoh, jika ada menjumpai seorang penjual yang menjual satu laptop jenama Sony pada harga ratusan Dollar Amerika yang anda pasti sepatutnya berharga beribu-ribu Dollar Amerika di pasaran, sudah tentu ia merupakan satu penipuan. Tidak mungkin seorang penjual menjual menjual sesuatu produk yang mahal pada harga yang terlalu murah walaupun ianya merupakan satu barang terpakai.
2. Tentukan tahap tertinggi
Anda sepatutnya menentukan tahap tertinggi yang sanggup anda bida untuk sesuatu barang sebelum melakukan bidaan. Anda sudah tentu tidak mahu membida terlalu tinggi sehingga satu nilai yang tidak masuk akal. Tanpa sebarang had, anda mungkin akan membida sehingga mencapai tahap yang terlalu tinggi sehingga melebihi harga pasaran untuk barang tersebut sedangkan anda boleh dengan mudah membeli barang tersebut di tempat lain dengan lebih murah. Tetapkan had anda dan jangan berganjak.
3. Bida barangan wujud
Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah, sebelum membida untuk sesuatu produk di eBay, anda perlu tahu bahawa produk tersebut benar-benar wujud terlebih dahulu. Sebagai contoh, seseorang penjual boleh menipu anda dengan mengatakan bahawa dia sedang menjual sebuah laptop terkini jenama Sony sedangkan sebenarnya laptop model tersebut langsung tidak wujud. Lakukan kajian terlebih dahulu sebelum terus membeli atau membida sesuatu produk di eBay.
4. Jangan berurusniaga di luar eBay
Ramai penipu yang mahukan anda melakukan urusniaga di luar portal eBay atau melakukan pembayaran melalui cara pembayaran yang tidak selamat seperti Western Union. Mereka melakukan sedemikian supaya mereka boleh menipu anda dan anda tidak boleh melakukan apa-apa untuk mendapatkan wang anda semula. Elakkan melakukan urusniaga di luar eBay. Lakukan kesemua transaksi dan komunikasi anda dengan penjual di dalam eBay.
5. Pembayaran Wang
Pastikan maklumat pembayaran yang telah diberikan oleh si penjual adalah tepat. Nama dan alamat atau lokasi si penjual perlulah sama dengan maklumat yang telah diberikan di dalam eBay. Jika ada maklumat yang tidak serupa atau mendatangkan keraguan, maka anda perlu berhati-hati di dalam urusniaga tersebut.
6. Feedback rendah
Berhati-hari apabila berurusniaga dengan penjual yang mempunyai feedback rendah seperti 5 atau 0. Ramai penipu yang menggunakan User ID khas untuk melakukan penipuan. Mereka akan bertindak menjual barangan mahal sehingga berharga ribuan Dollar Amerika walaupun masih mempunyai feedback yang rendah. Mereka cuma ingin mendapatkan wang anda. Setelah anda melakukan pembayaran, mereka akan melarikan diri dengan wang anda.
7. Pembida hantu
Ada penjual yang bertindak menggunakan satu User ID eBay yang lain untuk membida barangan mereka sendiri. Ini dilakukan untuk menaikkan harga bidaan untuk barang yang sedang mereka jual. Pengunjung-pengunjung akan terpedaya kerana melihat ramai yang telah membida untuk sesuatu barang. Maka mereka pun akan turut membida sehingga mencapai harga yang tinggi.
8. Perkhidmatan Escrow
Pasti ada penjual penipu yang mahukan anda melakukan urusniaga dengan menggunakan perkhidmatan escrow yang mereka mahukan. Perkhidmatan escrow adalah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat untuk menjadi pihak ketiga di dalam urusniaga di antara seseorang penjual dan pembeli. Mereka akan memastikan wang dibayar sebelum barang dihantar. Namun demikian, di dalam kes ini, penipu tersebut menghasilkan laman web perkhidmatan escrow penipu yang digunakan untuk mendapatkan wang pembeli dan akhirnya mereka akan melarikan diri dengan wang tersebut tanpa menghantar barang.
9. Guna Cara Pembayaran Berekod
Cara terbaik untuk menjamin keselamatan wang pembayaran anda adalah dengan menggunakan perkhidmatan pembayaran yang jujur seperti Paypal. Dengan menggunakan Paypal, sekiranya penjual bertindak menipu, anda masih boleh mendapatkan semula wang anda dengan menggunakan proses refund. Dengan cara ini, anda tidak perlu risau sekirannya penjual menipu anda kerana wang anda adalah terjamin dan boleh diperolehi semula.
10. Penjual Veteran
Sebaik-baiknya anda melakukan urusniaga dengan penjual yang mempunyai feedback yang tinggi seperti 50 ke atas. Apabila seseorang penjual sudah memiliki bilangan feedback yang tinggi, maka ini bermaksud yang mereka sudah mempunyai banyak pengalaman di dalam urusan memproses pesanan dan membuat penghantaran. Oleh itu, risiko yang anda hadapi adalah lebih kurang dengan membeli daripada mereka berbanding dengan penjual yang masih baru. Penjual-penjual seperti ini juga biasanya adalah lebih profesional di dalam melakukan urusniaga mereka kerana mereka ingin mengekalkan reputasi yang baik.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Berliku Dot Com | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO