Keputusan Mahkamah Terhadap Isu Liwat Anwar

Alhamdulliah,DSAI dibebaskan dari tuduhan liwat keatas nya


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini membuat keputusan tidak bersalah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan di sini pagi ini.
Hakim mahkamah, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan barisan pembelaan, mahkamah tidak dapat menjamin seratus peratus intergriti bekas DNA yang digunakan di dalam kes.


Menurutnya lagi, mahkamah juga tidak boleh sabitkan kesalahan tertuduh dengan bergantung kepada keterangan saksi pertama pendakwaan sahaja.
“Justeru, mahkamah memutuskan tertuduh tidak bersalah,” sebelum terus bangun dan meninggalkan kamar mahkamah.


Anwar, 63, sebelum ini diarahkan membela diri atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Saiful Bukhari Azlan, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Seta Kasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.


Pihak pendakwaraya berjaya membuktikan kewujudan DNA Lelaki Y dari sumber air mani di dalam salur rektum Saiful menerusi dua pakar Jabatan Kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon.


DNA Lelaki Y didapati sepadan dan disahkan sebagai milik Anwar oleh kedua-dua pakar setelah merujuk kepada sampel DNA Anwar yang diambil melalui berus gigi, sehelai tuala “Good Morning” dan sebotol bekas air mineral ketika Ketua Umum PKR itu ditahan di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008.


Hakim Zabidin memutuskan Anwar untuk membela diri berhubung kes pada 16 Mei tahun lalu setelah mendapati tiada sebab padanya untuk menolak segala bukti dan keterangan saksi yang dikemukakan barisan pendakwaraya.
Ranking: 5

{ 7 comments... read them below or add one }

Unknown said...

Sah air mani tu milik anwar?? Maknanya mmg anwar buat la kan?? Cuma sbb ats kerelaan si Saiful je yg buat dia terlepas?? Gitu kan bro??


10 January 2012 at 00:14
TopiJerami90 said...

kalau nk ikut kes macam 2 la...
tapi ak pelik nape saiful nie pergi sumpah diliwat dipaksa...
permainan politik...
kita jadi permainan mereka


10 January 2012 at 00:55
Unknown said...

Tak ada yg pelik dalam dunia politik bro...kita tak tahu kisah sebenarnya mmg Saiful ni dh jadi alat politik....tetapi harus diingat, kebarangkalian Anwar kaki liwat mmg tinggi juga...sbb mahkamah dh sah katakan derang suka sama suka bukan dipaksa...


10 January 2012 at 08:45
TopiJerami90 said...

Wallahualam...
hanya tuhan yg mengetahui...


10 January 2012 at 09:43
Relevan said...

Semua akan terjawab diSANA esok..


16 January 2012 at 12:38
shafaric said...

Suka sama suka .. So kesimpulannya betul la Anwar dengan Saiful tu wat keje haram .. Betul tak?


17 January 2012 at 14:54
TJ said...

suka sama suka ke?
macam mana tahu?
xpayah tuduh2...
ape yg karpal lakukan ialah timbulkan keraguan bahawa saiful diliwat!


18 January 2012 at 18:13
 
© Berliku Dot Com | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO