petua kempiskan perut
Bila sebut Mengenai Kecantikkan Manusia akan bercakap mengenai paras rupa, kecantikan bentuk badan dan lain-lain.Jika paras muka orang melihat kepada keayuan muka seseorang itu, ke"macho"an seseorang itu, manakala bentuk badan kemungkinan mereka akan melihat pada kempisnya perut seseorang tersebut.
Bagi perempuan sebenarnya amat susah untuk anda mengalami perut buncit sebelum nikah namun berbeza dengan lelaki kerana mereka sebelum kahwin pun jalan sudah jalan kedepan malah ada beberapa statstik menunjukkan lelaki lebih senang buncit perutnya.Kepada perempuan pula ia mudah buncit perut selepas bersalin
dibawah ini ialah beberapa
petua kempiskan perut
yang saya ingin kongsikan kepada anda1.petua kempiskan perut
Cara mudah yang biasa di lakukan ialah dengan hanya mengambil beberapa biji limau kasturi dan sedikit kapur makan. Perah jus limau kasturi tersebut dan gaul bersama dengan kapur makan tadi. Sapukan pada perut anda yang buncit untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Insyaallah perut anda akan kempis jika rajin mengamalkannya.
2.petua kempiskan perut
petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaAllah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba.
3.petua kempiskan perut
Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.
4.Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus, kemudian masukkan air sebanyak setengah gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.
TJ pun sebenarnya xde la kurus sangat tapi xla la gemuk sangat, kira nie sebagai perkongsian TJ kepada anda semua
Namun petua paling power sebenarnya dari Rasulullah makan sebelum lapar, berhenti makan sebelum kenyang dan ingat la yang baik dari ALLAH yang buruk dari kita namun tetap dengan keizinan ALLAH taala ...
kalau dah cuba pelbagai cara,jangan merasa rendah diri kalau tak berjaya, ketentuan Allah semua nie..
Wallahualam, kita hanya mencuba Allah Yang menentukannya ,semoga post TJ ini menjadi panduan kepada anda semua untuk kempiskan perut anda, terima kasih kerana membaca.
{ 2 comments... read them below or add one }
Mujurlah perut aku tak buncit lagi.. apapun nak kena jaga juga ni.. :)
2 February 2012 at 23:05
Badan aku pun macam payah je nak naik...dr bujang sampai skg maintain jerr...makan kenkadang banyak gak...cuma tang muka je derang kata dh tembam sikit...hahahaha
3 February 2012 at 11:12
Post a Comment