seorang lelaki amuk di bunuh seorang penganalisis jenayah yg tersohor


siapa yg tak kenal penganalisis jenayah tersohor,Kamal Affendi Hashim,beliau selalu keluar dalam channel tv tempatan terpaksa melepaskan tembakan kepada lelaki amuk,saya pun selalu tengok Kamal Affendi Hashim dalam tv3 dan tv1 memang si Kamal Affendi Hashim,nie selalu meberi langkah2 kepada kita untuk mengelak dari jenayah,cara melindungkan diri dari penjenayah dan lain....


polis terlebih dulu menerima laporan mengenai pergaduhan menggunakan parang membabitkan dua lelaki serumah berasal dari Sabah, seorang berusia 21 tahun dan bekerja sebagai buruh kontrak serta operator pengeluaran berusia 42 tahun iaitu si mati yang menyerang Kamal Affendi.



“Kejadian dipercayai berpunca apabila buruh kontrak itu yang baru pulang ke rumahnya di tingkat tiga flat berkenaan untuk mengambil pakaian sebelum berpindah ke rumah lain mendapati pintu bilik tidurnya dirosakkan rakan serumahnya iaitu si mati.


“Berikutan itu, berlaku pertengkaran sebelum si mati menyerang rakannya dengan parang menyebabkan buruh kontrak itu melarikan diri sebelum membuat laporan polis,” katanya.



Katanya, selepas menerima laporan, tiga anggota polis menemani pengadu pulang ke rumah berkenaan untuk mengambil pakaiannya.

Bagaimanapun, katanya, si mati terus mengamuk dan menyerang orang ramai yang berada di depan rumahnya menggunakan parang.

Menurutnya, pada mulanya, anggota polis dan pengadu cuba memujuk si mati menyerah diri, tetapi lelaki itu terus bertindak agresif dan menyerang mereka dalam keadaan marah.


Katanya, si mati terus mengejar anggota polis dan pengadu hingga ke tingkat dua flat berkenaan sebelum bertembung dengan Kamal Afendi yang kebetulan berada di tempat kejadian.


“Mangsa (Kamal Afendi) mulanya dirempuh seorang daripada kumpulan tadi hingga terjatuh atas kaki lima. Dalam keadaan terbaring itu, dia terus diserang dengan senjata tajam oleh si mati menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan pistol jenis SKP 30 dan melepaskan beberapa tembakan amaran.


“Namun, si mati terus menyerang mangsa dan menetak lutut kanan serta jari hantu tangan kanannya. Dalam keadaan kesakitan, mangsa terpaksa melepaskan beberapa das tembakan lagi ke arah si mati menyebabkan dia terbunuh di tempat kejadian,” katanya.


Zahedi berkata, dalam kejadian sama, seorang suri rumah warga Indonesia berusia 24 tahun yang kebetulan berada di ruang tamu rumahnya turut cedera di lengan dan paha kanan akibat terkena tembakan peluru sesat.


Menurutnya, polis membawa Kamal Afendi menerima rawatan di Hospital KPJ, Seksyen 20 di sini, manakala suri rumah itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan dirawat sebagai pesakit luar.

Katanya, mayat lelaki yang mengamuk itu dihantar ke HTAR untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.


Mengenai dakwaan Kamal Affendi datang bersama-sama anggota polis ke lokasi kejadian, Zahedi berkata, siasatan masih dilakukan.

“Kita akan menyiasat dari pelbagai sudut termasuk mengambil keterangan daripadanya bagi membantu siasatan,” katanya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Berliku Dot Com | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO