[ semasa ] JURUKAMERA BERNAMA MENINGGAL DUNIA

UALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, 41, maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia Jumaat malam.


Wartawan Bernama TV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang lain sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersil untuk menghantar berita.


Tembakan curi itu mengenai bahu Noramfaizul dan menembusi parunya.


Kejadian berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia, dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.


Khairulanuar berkata tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media membuat liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.


Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 Sept ini.
-- BERNAMA
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Berliku Dot Com | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO