Kerajaan P Pinang tidak sensitif agama Islam – Ahmad Zahid

13/08/2011 3:25pm

BAGAN DATOH 13 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan masjid dan surau menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh di negeri itu tidak akan berlaku jika kerajaan negeri Pulau Pinang sensitif terhadap agama Islam.
Beliau berkata, perkara itu berlaku kerana kerajaan yang memerintah negeri berkenaan adalah parti yang langsung tidak sensitif terhadap isu-isu agama Islam.
"Saya amat dukacita fatwa yang dikeluarkan oleh JHEAIPP yang selama ini tidak ada sebarang kajian dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai larangan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, larangan yang dikeluarkan oleh JHEAIPP itu merupakan arahan daripada pentadbiran kerajaan negeri.
Beliau berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang seharusnya merujuk fatwa itu kepada Yang Di-Pertuan Agong selaku ketua agama.
Katanya, apa yang dikhuatiri sekarang ialah larangan tersebut akan menjadi ikutan kepada negeri-negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. – Bernama

TopiJerami90-Xfaham aku...org dah ada dalili..ada hujah..bagi je la..kat kelantan nie sikit je pun ada bacaan quran kat sini
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Berliku Dot Com | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO