Malayasia olympic/Malaysia u23/Harimau Muda VS Budapest Honvéd FC


Skuad Olimpik Malaysia bimbingan Ong Kim Swee tewas buat kali pertama dalam kunjungan mereka di Slovakia. Budapest Honvéd FC, kelab daripada Liga utama Hungary memadamkan rekod tanpa kalah Ong Kim Swee di bumi Slovakia apabila menang 4-1.


Malaysia ketinggalan 0-3 pada separuh masa pertama menerusi jaringan penalti Ivancsics, gol sendiri daripada Mahali Jasuli dan gol ketiga Budapest Honvéd FC menerusi Zelenka.





Pada separuh masa kedua, Wan Zack Haikal menceriakan sedikit kem Malaysia dengan gol saguhati walaupun Budapest Honvéd FC menambah gol keempat mereka menerusi Danilo.

Perlawanan tersebut menarik lebih kurang 200 penonton dan Ong Kim Swee telah membariskan bayangan pemain utama yang akan menentang Jepun dengan kehadiran Khairul Fahmi, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Mahali Jasuli, K Gurusamy ke dalam pasukan.







sumber:zon bola
Penjaring BP Honvéd FC: Gellért Ivancsics (PEN), Mahali Jasuli (OG), Lukáš Zelenka, Danilo de Oliveira
Penjaring Olympic Malaysia: Wan Zack Haikal

TopiJerami:-adeh.. trio mahali fadhli muslim buat hal lagi kew??



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Berliku Dot Com | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO