[ Politik ] Pas Makin Jauh Terpersong???


Bukti Pas makin jauh terpesong

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Kenyataan biadab Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengagungkan pengganas komunis berbanding anggota keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong adalah bukti jelas bahawa perjuangan parti itu sudah jauh terpesong.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, jika dahulu fatwa agama menjadi bahan dagangan politik oleh pemimpin Pas tetapi kini, sejarah kemerdekaan negara pula mahu ‘diwarnakan’ mengikut acuan sekutu rapatnya DAP.


Bagaimanapun, Ibrahim berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut atau hairan dengan tindak-tanduk pemimpin Pas kerana menyedari, semenjak bekerjasama dengan DAP parti itu sudah tiada pendirian sehingga sanggup mengkhianati amanat pemimpin Pas terdahulu.
“Apa yang mahu dihairankan sangat kenyataan biadap serta buta sejarah daripada Mat Sabu (Mohamad) kerana ulama pimpinan Pas juga sering ubah fatwa demi kepentingan politik. Dalam konteks politik hari ini, Pas sanggup gadai apa sahaja demi undi bukan Melayu.


“Dulu jalin hubungan politik dengan orang kafir jadi kafir dan masuk neraka. Sekarang boleh pula dan negara Islam pun sudah bertukar kepada negara kebajikan. Dakwa pula negara Islam tiada dalam al-Quran sedangkan, sebelum ini pejuang-pejuang Pas sanggup mati demi negara Islam.


“Kalimah Allah juga sanggup digadai Pas. Jadi bagi Mat Sabu kalau sekadar ubah sejarah untuk raih sokongan Cina dan bodek DAP mungkin padanya tidak salah. Kalau ulama dalam Pas boleh kencing berdiri, Mat Sabu pula kencing berlari,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebenarnya TopiJerami nak cari berita muka depan akhbar tempatan untuk dipost didalam nie,tapi biasa la..kerajaan sekarang suka mem"muka depan"kan soal politik nie...topijerami rasa banyak lagi masalah/berita lain dapat dijadikan muka depan contohnya kadar ekonomi malaysia yang xmencapai sasaran,dan perlu ulas benda 2 selama seminggu,biar seluruh rakyat tahu ape perlu dibuat untuk mencapai sasaran 2,ini tidak,last2..kadar ekonomi gagal dicapai kerana rakyat gagal berkerja sama.

bagi TopiJerami la
1)mat sabu memuji komunis dari tali barut british..
xsalah pun,sebab
a)komunis=mereka adalah rakyat malaysia yg ingin memerdekakan malaysia tetapi ingin menerapkan fahaman komunis dalam negara.
b)tali barut british ingin meneruskan penjajahan british di Malaysia.
jika point a vs point b 2 dibandingkan...
aku rasa point a better...
so apa mat sabu cakap betul...
pkm ialah hero jika pkm vs british...
kita ambik contoh indonesia,mereka menerima sesiapa sahaja,apa sahaja fahaman untuk memerdekakan negara Indonesia..(parti komunis Indonesia)PKi memainkan peranan terbesar dalam kemerdekaan Indonesia,tetapi kerajaan Indonesia berjaya meyinkirkan fahaman komunis mereka.

2)IA bertitah "
“Dulu jalin hubungan politik dengan orang kafir jadi kafir dan masuk neraka" tetapi dia lupa UMNO berkerjasama dengan kafir bersama2 kafir menolak ISLAM,berlainan dengan PAS,PKR,DAP

3)IA juga bertitah "
Kalimah Allah juga sanggup digadai Pas.",sebenarnya bukan pas sahaja yang gadai,org muslim arab pun gadai nama ALLAH.

sekian

IA-ibrahim ali


Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

apa yg jln berliku kata tu sume salah...komunis tu nk wat M'sia ni sbgi branch parti komunis dr Tnh Besar China maa dulu...komunis ni x de agama...ada fahaman je.aku x tau cm mana nk detail kn ayat aku ni.tp apa yg aku paham, n x puas ati dgn Mat Sabu ni, perjuangan Aruah Atok aku dulu ko leh permainkan...kalo la atok ko dulu kene bunuh dgn komunis, br ko leh phm kot.dia paksa org Melayu bg beras.klao x kene bunuh.mmg cilaka la sapa yg sokong komunis lahanat tu.


29 August 2011 at 14:35
Anonymous said...

ckp sblm mengkaji.. bek jgn ckp... wat tmbh dose je korg ni..


2 September 2011 at 13:37
 
© Berliku Dot Com | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO