[ Semasa ] Pembangkang perlu sikap terbuka


KUALA LUMPUR 24 Ogos - Parti-parti pembangkang perlu bersikap terbuka seperti yang ditunjukkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung cadangan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP) bagi menyelesaikan isu-isu pilihan raya.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sebagai pemimpin yang cukup berpengalaman, Nik Abdul Aziz telah menunjukkan sikap yang amat positif dan seharusnya diikuti oleh pemimpin pembangkang lain.
Beliau berkata, pemimpin-pemimpin parti pembangkang sepatutnya menyambut baik cadangan kerajaan itu kerana ia merupakan platform terbaik kepada mereka untuk mengkaji semula perjalanan pilihan raya di negara ini.
"Lebih-lebih lagi lapan perkara yang menjadi tuntutan mereka sebelum ini. Sebagai contoh mereka mendakwa senarai daftar pemilih tidak bersih. Oleh itu di dalam JTP ini mereka boleh berhujah dan mengeluarkan pandangan sejauh mana daftar pemilih kita tidak bersih.
"Sekiranya benar dakwaan mereka, apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan senarai daftar pemilih benar-benar bersih. Bagi saya JTP adalah ruang terbaik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas sokongan Nik Abdul Aziz terhadap penubuhan JTP bagi memperkukuhkan lagi sistem pilihan raya selain turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana membuat cadangan tersebut.
Nik Abdul Aziz berharap, penubuhan jawatankuasa itu merupakan peluang terbaik ke arah menyelesaikan isu-isu yang membabitkan pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR.
Kabinet sebelum ini telah memutuskan JTP akan dianggotai sembilan wakil rakyat iaitu lima daripada Barisan Nasional (BN), tiga daripada pembangkang dan seorang wakil rakyat Bebas.
Dalam perkembangan berkaitan, Wan Ahmad berkata, pembaharuan pilihan raya melalui JTP adalah paling tepat dan bukannya dengan cara berdemonstrasi seperti mana yang dianjurkan oleh badan yang digelar Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai lalu.
''Demonstrasi tidak memberi apa-apa kebaikan sebaliknya menyusahkan orang lain. Berbanding JTP, ruangnya lebih luas, lebih berkesan dan lebih formal dalam usaha kita memantapkan lagi perjalanan pilihan raya,'' ujarnya.
Menjawab satu soalan, beliau berkata, SPR sedia memberi kerjasama sekiranya itu yang dikehendaki oleh pihak JTP.
''Walaupun kita bukan anggota JTP, itu bukan bermakna kita tidak boleh memberi sumbangan.
''SPR sedia beri kerjasama sekiranya timbul persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh pihak kami kerana matlamat kita adalah untuk membantu JTP merangka satu kaedah perjalanan pilihan raya yang terbaik,'' katanya lagi.

1)Puji Nik Aziz plak..ari 2 kata taraf Nik aziz sama dengan ayah pin..
so dah terbukti UMNO hanya menipu rakyat
2)memang undian memang tidak bersih..org yg sudah meninggal dunia masih ada dalam database
3)hope jtp nie pihak yg bertanggungjawab dan jangan berat sebelah la
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Berliku Dot Com | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO