[ Sukan ] Harimau Malaya/Muda Sedia Temui Jepun





Seperti anda sedia maklum Malaysia akan bertemu dengan negara asia timur iaitu Jepun Di pusingan ke 3 Kelayakan Olympic..

Lebih kurang Sebulan Lagi Skuad olympic Malaysia akan bertandang di Jepun Untuk Menetang Jepun.




ketika wartawan utusan menemui OKS semalam beliau berkata"Sebenarnya saya belum sempat lagi meneliti rakaman aksi Jepun semasa menentang Mesir (pasukan Olimpik), baru-baru ini yang mana mereka menang 2-1.


"Berdasarkan keputusan sahaja, ia tidak mencukupi buat saya mendapatkan gambaran sebenar mengenai Jepun, dalam masa terdekat ini saya mahu mencari rakaman video perlawanan yang membabitkan mereka semasa pusingan kedua kelayakan menentang Kuwait tempoh hari.


"Saya akan ke Rumah AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) bagi mendapatkan rakaman video tersebut supaya mengetahui serba sedikit gaya permainan mereka," 

"Saya difahamkan Ryo Miyaichi yang sedang bersama dengan Arsenal berkemungkinan besar akan disenaraikan, di samping dua atau tiga pemain lain yang bermain di Eropah.

"Jika mahu dibuat perbandingan, kita memang ketinggalan kepada mereka. Ini bukan bermakna saya takut untuk terima kekalahan, tetapi apa yang cuma saya boleh janjikan, pemain-pemain saya akan cuba memberikan tentangan sengit kepada Jepun," ujarnya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Berliku Dot Com | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO