bila bercakap mengenai buat duit online kita akan selalu mendengar mengenai orang cakap "tak logik lah dapat buat duit online" ingat tak kita pada lawak di bawah?
"Nak buat duit dengan facebook senang je, log out facebook dan kemudian anda pergi kerja"
itulah pandangan ramai orang malaysia kita terutama orang bangsa topijerami sendiri mana tak nya, bila bercakap mengenai dunia online orang akan memandang negatif kerana kononnya dunia online akan merosakan internet dan seperti biasa orang melayu kita lah juaranya.
tinggalkan facebook sekejap dan kini saya akan kembali balik pada youtube...
ok bila bercakap mengenai youtube orang melayu kita akan suka pada dua perkara pada youtube iaitu suka mendengar lagu dan lagi satu anda akan melihat video lucu...
tapi terfikirkah anda bahawa video lawak dan lagu tersebut telah mengalahkan pendapatan anda selama sebulan tersebut? pernah terfikirkah anda?
Bila bercakap pada membuat duit secara online ramai orang melayu kita akan terfikir "side income" , tahukah anda side income adalah serendah rendah "income" kenapa saya cakap begitu? sebab memang benar lah.
ok, pendapatan secara online sebenarnya terbahagi kepada tiga iaitu
1.Active Income (contoh gaji anda )
2. Side Income (Contoh anda buat dropship)
3. Pasif Income (Contoh Youtube)
Apa beza Side Income dan Pasif income, ok sekarang saya akan menerangkan apakah perbezaan nya.
Side income adalah pendapatan sampingan anda tapi setiap bulan anda akan mendapat sama banyak apa yang anda usahakan.
Apakah itu pasif income? pendapatan tetap anda setiap bulan walaupun bulan itu anda kuat berusaha atau tidak...
contoh jika anda masukan Video Kucing comel dalam youtube dan mendapat income sebanyak 100 dolar pada bulan ini dan bulan depan pun anda akan dapat 100 dolar maksudnya usaha anda sekali itu jelah iaitu masukan video dan "rank" kan video anda. Itulah pasif income dan anda goyang kaki jelah kalau sudah dapat sebanyak itu.
Ok disini topijerami nak mengajak anda untuk Membuat pasif income dengan youtube.
1. Apa yang anda perlukan Sebelum bermula
1.1 Gmail
1.2 Youtube
1.3 Adsense
1.4 Niche
2. Cara membuat Video
2.1 Software
2.2 ranking kan video
kenapakah anda memerlukan Gmail ?
untuk pengetahuan anda Gmail sudah membeli youtube jadi untuk anda membuat akaun youtube anda haruslah membuat Gmail terlebih dahulu. Gmail adalah hosting email yang di sediakan oleh google. Cubalah berubah kepada Email Gmail jika anda sudah mula mengunakan internet sejak tahun 2000, sudah pasti anda akan mengunakan email yahoo bukan? cubalah berubah dan mana tau anda akan dapat apa yang anda ingin kan dengan mengunakan email Gmail.
1.2 cara mendaftar youtube ?
bagi anda adalah penonton setia youtube anda sudah pasti akan berkomen dalam ruangan komen dan anda akan terpaksa mendaftar gmail terlebih dahulu dan dengan membuat Gmail terlebih dahulu anda akan tahu bagaimana untuk membuat youtube, anda hanya perlu login pada akauan gmail anda dan kemudian cuba sign in pada youtube dan youtube akan membuat akauan youtube anda dengan mengunakan email gmail. senang bukan? dan anda tidak perlu makan masa yang lama untuk membuat youtube dengan kemudahan ini. cubalah kalau anda tidak percaya.
1.3 adsense
1.3.1 Apakah Itu Adsense ?
adsense adalah iklan pengiklanan dari google, ia iklan ppc atau pay per click, selalunya amat untung untuk membuat adsense jika keyword anda memang di bid mahal oleh para advertiser.
contohnya kasut puma sewa iklan pada adsense dan adsense meletakan kan 100 dolar satu klik dan kos itu anda akan mendapat sebahagian dari 100 dolar itu dan selalunya ia lebih dari 30 % di mana ia adalah jumlah yang sangat klik untuk satu klik dan tersangat lah menawan jika anda dapat iklan semahal itu kerana dengan 3 atau klik anda dah boleh cash out. sangat senang bukan?
1.4 niche
niche adalah apa yang anda akan ceritakan dalam video anda dan sebagai contoh anda buat review kasut puma dan seeloknya anda buat lah niche itu sahaja untuk mengelak anda terkandas dari jalan yang tidak benar. ok dan salah satu cara adalah anda mengunakan keyword tool untuk youtube dari banyak third party...
2- cara membuat video
2.1
ok ini adalah list topi untuk membuat video
1.video maker
2.bandicam
ok kenapa hanya memilih video SOFTWARE ini? kerana topi hanya membuat video bertemakan tutorial dalam pc...
2.2 ranking kan video
disini lah anda kena tau mempromosikan video anda.
anda rasa tutorial ini masih belum cukup? beli ebook tutorial penuh di http://www.ashadee.net/go/51400/akuoka?b=5012 . Buat Duit Dengan youtube ? sediakah anda ?
{ 1 comments... read them below or add one }
menarik info ini tuan..ramai orang suka pergi youtube sebab lagu.
26 October 2015 at 06:06
Post a Comment