Naoto Kan letak jawatan PM


TOKYO 26 Ogos - Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan hari ini mengumumkan perletakan jawatannya sebagai presiden Parti Demokratik Jepun (DPJ), lapor media Jepun, secara langsungnya menamatkan jawatannya sebagai pemimpin Jepun.
"Saya meletak jawatan (parti) presiden berkuat kuasa hari ini," kata Kan kepada pegawai kanan parti, Jiji.
Langkah yang telah lama dijangka itu membuka jalan kepada pilihan raya perdana menteri keenam untuk penggal lima tahun sambil Jepun mencari jalan pulih dari bencana gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu serta krisis nuklear yang masih berlaku.
Pilihan raya bagi presiden parti yang baru yang kemudian akan menjadi perdana menteri dijangka berlangsung Isnin depan.
Parlimen kemudian akan mengundi jawatan Perdana Menteri itu pada hari Selasa minggu hadapan.
Selepas Kan terselamat daripada undi tidak percaya pada bulan Jun lalu, beliau berjanji akan meletakkan jawatan dengan syarat tiga rang undang-undang diluluskan iaitu belanjawan kedua, belanjawan bagi membiayai rang undang-undang baru dan penggubalan undang-undang mempromosikan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui.
Seramai sembilan orang calon mahu merebut jawatan Kan termasuk bekas Menteri Luar Negara, Seiji Mehara yang digemari ramai.

TopiJerami90-Naoto Kan nie memang femes , lebih2 lagi bila dia xnak terima gaji selepas  tsunami di jepun..
dia xnak terima gaji nie sebab dia nk sama2 merasai kesusahan rakyat nya..
tahniah kepada Naoto Kan,bila dia rasa Xlayak Dia terus letak jawatan,tak seperti seseorang PM di negara ASEAN target  kadar pertumbuhan ekonomi sejak dia memerintah tak pernah tercapai, tetapi bini nya semakin Besar
Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

FS said...

yg PM kt ASEAN tu 'agak' sensitip... boleh tak dibesarkn cket lg kepada ASIA :D hehe~~


27 August 2011 at 07:51
TopiJerami90 said...

hahahaha

aku dengar bini pm pilipina pun badan macam badak gak..xpew la 2..xsesitip sangat la 2


27 August 2011 at 08:01
 
© Berliku Dot Com | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO