[ Sukan ]Jangan tolak pelawaan Socceroos


KEMAMAN - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyambut baik pelawaan Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang skuad Harimau Malaya.
Menurut Shabery, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu meneliti dengan sewajarnya pelawaan itu kerana ia dilihat sebagai satu penghormatan untuk menentang pasukan Socceroos (skuad kebangsaan Australia) - antara pasukan ternama di dunia.
“Kita harap FAM dapat melihat pelawaan ini sebagai satu tawaran yang sangat menarik kerana ia boleh meningkatkan pengalaman serta mutu permainan pemain-pemain kebangsaan.
“Justeru, saya berharap agar FAM akan meneliti penyelarasan jadual latihan agar ia tidak mengganggu pertandingan atau latihan tempatan bagi membolehkan perlawanan itu diadakan,” katanya.
Beliau mengulas undangan FFA untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Harimau Malaya sehari sebelum saingan Piala Malaysia bermula.
Jelas Ahmad Shabery, sebagai alternatifnya, perlawanan itu boleh diadakan seperti tarikh yang dicadangkan FFA iaitu pada 9 Oktober ini di Sydney dan ia dijangka tidak akan menjejaskan kempen Piala Malaysia yang berlangsung ketika itu.
“Kita percaya FAM akan memikirkan sebaik-baiknya perkara ini termasuk menyusun semula jadual perlawanan tempatan bagi memberikan laluan kepada pasukan kebangsaan beraksi menentang skuad Piala Dunia Australia itu, yang juga naib juara Piala AFC,” katanya.
Tambah beliau, FAM tidak seharusnya menolak pelawaan atau undangan yang jarang diterima itu kerana kehebatan skuad Harimau Malaya kini telah dinilai oleh pasukan negara luar.
“Walaupun Malaysia gagal meneruskan cabaran dalam kempen Piala Dunia tetapi tawaran tersebut sebagai satu penghormatan dan kita boleh terus mempergiatkan latihan termasuk untuk bertanding dalam Piala AFC dan Piala Suzuki tahun hadapan,” katanya.


TopiJerami90-kalau pertahan main macam lawan singapore lagi macam mana???australia berjaya pecahkan rekod terbanyak dalam 1match lg kot...bagi aku better terima,tapi rajagopal kena kembalikan keyakinan pertahan macam dia buat masa lawan thailand selepas dibelasah indo kat AFF2010,rajagopal letak 8 pertahan masa 2..come on raja!!!

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Berliku Dot Com | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO