salam kepada rakan-rakan,Beza Solat,sembah dan sembahyang ramai kita orang muslim ini masih terkeliru dengan 3 benda diatas.
Sembah kalau bahasa simple nya menyembah sesuatu di depan mata.sembahyang dan solat membawa erti yang sama dari sudut budaya namun berbeza segi istilah nya.kerana jika gagal memahami maksud kedua-dua benda ini akan membawa kepada syirik.syirik ini cukup halus sampai ada hadis mengatakan syirik ini sangat halus bagai seekor semut hitam diatas batu hitam yang besar di dalam gelap gelita.
Maksud sembahyang menurut dari Professor Hasbi As Siddiqi ialah diambil dari dua perkataan dari agama hindu sembah dan hyang.apa maksud hyang?hyang ialah salah satu dari dewa hindu dimana jika maksud sembahyang itu digabungkan membawa maksud pada "menyembah tuhan hyang".nampak tak???
jadi apa yang sama nya pula sembahyang dan solat?solat dan sembahyang ialah digunakan oleh orang melayu untuk menunjukan kita solat.maka sebenarnya solat dan sembahyang sebenarnya tidak boleh disama ertikan oleh kita sebagai muslim.
sebab itu lah bahaya membudayakan ISLAM itu.islam bukan boleh dibudayakan kerana ia akan bercampur baur dengan benda lain terutama budaya hindu dan budha yg sudah lama menjajah malaysia satu ketika dahulu.
Solat pula bermaksud sesuatu berlainan dari menyembah,sembah atau sembahyang ia bermaksud adalah ibadat kepada Allah yang dikerjakan dengan penyertaan anggota badan, lidah dan hati menurut aturan khusus pada waktu-waktu yang ditetapkan. Lebih jelas apa yang dikatakan solat ialah :
§ Beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratulihram dan diakhiri dengan salam. Dengan perbuatan itu kita beribadat kepada Allah menurut syarat dan cara-cara yang ditentukan.
§ Menghadapkan hati dan jiwa kepada Allah disertai dengan niat dan rasa takut serta rendah diri kepadaNya, sambil mengakui keagungan, kesempurnaan dan kekuasaanNya.
§ Menyatakan hajat dan keperluan kita kepada Allah yang kita sembah, dengan perkataan dan perbuatan yang dilakukan serentak.
§ Berhadapan dengan Allah dengan penyertaan seluruh jiwa dalam keadaan khusyuk dan rasa ikhlas sambil berzikir, membesarkan Allah dan berdoa 1
solat bermaksud menyerahkan diri pada ALLAH,bukan menyembah!!!
WALLAHUALAM
untuk maklumat lebih lanjut sila buka link-link dibawahhttp://budakbrbelajar.blogspot.com/2011/11/beza-sembahyang-dan-solat.html
{ 1 comments... read them below or add one }
tq for info ini...
28 January 2012 at 08:33
Post a Comment