Sinopsis Bujang Terlajak

Sinopsis Bujang Terlajak

Sinopsis Bujang Terlajak

Filem terbaru tahun ini iaitu bujang terlajak,gandingan mantap dari 3 pelawak tersohor di Malaysia iaitu Apek Bekas anggota senario,johan bekas peserta dan pemenang tempat ke tiga raja lawak musim pertama serta nabil juara program show tv raja lawak musim ke 2.di samping itu Bujang terlajak jugak menpersembahkan lakonan unggul gadis yang cantik iaitu nur fazura yang mana akan menjadi rebutan antara 3 watak utama tersebut


Sinopsis Bujang Terlajak:
Bujang Terlajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura). Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan.


Plot Sinopsis Bujang Terlajak berkembang apabila ketiga-tiga ibu-bapa keluarga saiful,nabil dan johan mengarahkan mereka bertiga untuk mencari pasangan sehidup semati yang digelar isteri, lalu mereka menjadi begiru bersungguh-sungguh untuk memikat puteri iaitu yang menjadi model untuk iklan mereka bertiga yg juga berkerja sebagai guru tadika


Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal). Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain memeriahkan lagi plot Sinopsis Bujang Terlajak.


Mereka bertiga melakonkan watak buta bisu serta pekak lalu berlakulah cerita yang mencuit hari dengan telatah mereka bertiga dalam usaha meraih pehatian dari puteri iaitu gadis rebutan mereka bertiga,Namun, Puteri bijak menilai mereka dan dia memilih seorang dari mereka untuk dijadikan teman hidup.Jadi, antara Saiful, Johan dan Nabil, siapakah yang paling hebat di mata Puteri? Semuanya akan terjawab di akhir cerita.


setakat ini sahaja

Sinopsis Bujang Terlajak

diharap anda bersama-sama meriahkan filem terbaru ini
sekian dari TJ


kalau anda nak baca sinopsis lain sila la tekan-tekan link di bawah ek
adnan Sempit 2
Drama Pelangi Kasih
Sinopsis Vanilla Coklat
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Berliku Dot Com | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO